Sunday, April 19, 2009

Istanna Shuwaiya

Kupu-kupu dapat melihat warna hijau, merah dan kuning.

Anjing akan keracunan jika memakan coklat.

Di Antartika tidak ada reptilia.( tentu lah kan dingin)

Teh adalah minuman kesukaan kedua di dunia setelah kopi.

Rata-rata umur anjing adalah 15 tahun.(Kasihan)

Tarantula si laba laba raksasa, boleh hidup sampai 2 tahun tidak makan. (kalau manusia dah....)

Dalam otak manusia ada sekitar 100.000.000.000 sel syaraf (banyak nya...)

Penguin boleh melompat setinggi 2 meter

Selain dengan paru-parunya, katak boleh bernafas dengan kulitnya

Wajah manusia terbentuk dari 14 buah tulang. ( wah banyak juga yah)

Domba terdiri dari 900 jenis.

Badan burung rajawali ditutupi sekitar 7.000 lembar bulu (biar gak dingin)

Semut mencium bau dengan antenanya (wew hebat juga yah)

S A V E P A L E S T I N E !


Saturday, April 18, 2009

RESIPI MENJAUHKAN TABIB


Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah.

Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."

Salam Perkenalan dari Abuhanna. Niat dihati untuk menghasilkan bahan untuk panduan dan rujukan semua yang melayari blog ini.

permulaan kalam.....

Alhamdulilllah berhasil juga percubaan sulung ini...moga akan sentiasa diberkati